Lawatan Ke Rumah Titian Kasih

Aktiviti Khidmat Masyarakat
September 26, 2017

Lawatan Ke Rumah Titian Kasih


Selepas mesyuarat AJK PBMM diadakan pada 3 Jun 2016, Setiausaha persatuan telah mengedarkan borang sumbangan kepada ahli-ahli dan juga kepada mana-mana individu atau organisasi dermawan untuk memberi sumbangan berbentuk pakaian, makanan mahupun wang tunai untuk diberi kepada anak-anak yatim / piatu, ibu tunggal, OKU, dan warga emas daripada Rumah Titian Kasih tersebut.

Pengumpulan barangan dan wang tunai dibuat dari 8 Jun 2016 hingga 17 Jun 2016. Tiga orang ahli PBMM telah ditugaskan untuk menerima segala sumbangan. Mereka yang terlibat adalah Prof Madya Dr Hajah Jariah Binti Mohd Jan (Presiden persatuan), Pn Hajah Siti Rohana Binti Mohd Thani (Setiausaha Kehormat persatuan), dan Pn Noor Aishah Binti Salleh (AJK persatuan).

Antara barangan yang telah dapat dikumpul adalah pakaian, makanan kering, peralatan eletrik, dan wang tunai berjumlah RM 3125.00 . Pihak persatuan sungguh berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penderma.

Pada 17 Jun 2016, beberapa orang AJK dan pelajar-pelajar Fakulti Bahasa dan Linguistik telah memberi khidmat sukarela untuk membungkus barangan yang disumbang. Antara AJK yang terlibat adalah Prof Madya Dr Hajah Jariah Binti Mohd Jan (Presiden persatuan), Pn Ainun Rozana Binti Mohd Zaid (Timbalan Presiden persatuan),Pn Hajah Siti Rohana Binti Mohd Thani (Setiausaha Kehormat persatuan), Pn Noor Aishah Binti Salleh (AJK persatuan), Cik Hajah Norafidah Binti Tajuddin (AJK persatuan), dan 3 orang pelajar FBL.Pihak persatuan mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka.

Lawatan ke Rumah Titian Kasih dibuat pada 20 Jun 2016. Antara AJK persatuan yang telah pergi ke sana adalah seramai 6 orang (Prof Madya Dr Hjh Jariah Binti Mohd Jan, Pn Ainun Rozana Binti Mohd Zaid, Pn Hjh Siti Rohana Binti Mohd Thani, Cik Hjh Norafidah Binti Tajuddin, Dr Baljit Kaur Surjit Singh, Pn Sathiadevi Kanagasabai), dua orang pelajar, dan En Roslan. Selain daripada itu, 2 orang pegawai penyiaran dari RTM1 juga turut hadir untuk memeriahkan majlis.Lawatan kami telah dirakamkan dan disiarkan di Rancangan Selamat Pagi Malaysia.

 

Penghuni Rumah Titian Kasih ini menempatkan kanak-kanak dari bayi hingga 17 tahun, ibu tunggal, OKU, dan warga emas.Walaupun lawatan ahli persatuan ke sana tidak lama (lebih kurang 2 jam), tapi mereka sempat beramah mesra dengan pengurus (Pn Sharifah Bte Adlan) dan penghuni yang ada.


Penghuni : 85 orang
Ibu tunggal : 20 orang
Anak-anak yatim : 51 orang
OKU : 12 orang
Warga emas : 2 orang

Comments are closed.