AJK persatuan telah melaksanakan satu aktiviti untuk khidmat masyarakat pada 28hb Jun 2015. Tujuan utama program ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara masyarakat dengan ahli-ahli persatuan. Di samping itu ahli-ahli persatuan dapat berbakti kepada masyarakat setempat.
Seramai 7 orang AJK persatuan bersama dengan 4 orang pelajar Fakulti Bahasa Dan Linguistik (FBL) telah menjalankan beberapa acara bersama-sama anak-anak yatim di Kompleks Penyayang Bakti, Sungai Buloh.
Antara ahli-ahli persatuan yang terlibat adalah
Manakala pelajar-pelajar yang telah menjadi fasilitator adalah:
Pelajar-pelajar FBL yang bertugas sebagai fasilitator ini telah diberi sijil penghargaan dan saguhati sebanyak RM50.00 seorang. Selain memberi ceramah motivasi, mereka juga telah menjalankan banyak aktiviti-aktiviti berkumpulan yang menjurus kepada pembelajaran.
Pihak persatuan telah mendermakan sejumlah RM 600.00 kepada anak-anak yatim tersebut. Ahli-ahli persatuan yang lain juga (seramai 18 orang) telah memberi sumbangan. Keseluruhan sumbangan yang telah dapat diberi kepada mereka berjumlah RM 3549.00. Terdapat seramai 41 orang anak-anak yatim di kompleks tersebut. Diharap dengan sumbangan yang diberi dapat memeriahkan lagi sambutan perayaan Hari Raya mereka. Agenda semasa lawatan ke tempat tersebut adalah seperti berikut: